PENGEMBARA............................

salam mujahadah, tidak sampai sebulan lagi genap setahun saya belajar di university mutah, Jordan. Banyak kenagan dan cabaran hampir setahun saya berada di sini. bermula pada mula-mula sy berlepas di aiport Sultan Ismail Petra, pengkalan chepa, kelantan kemudian ke kuala lumpur international airport sehingga lh ke air Queen Alia Airport, jordan pada 18/9/2009 kami semua seramai hampir 3o orang termasuk saya yang masing-masing membawa misi perjuangan sediri di bumi syam ini.

Setelah sampai di queen Alia airport, jordan kami berpisah dengan sahabat2 yang akan pegi meneruskan perjuangan mereka di jamiah lain selain kami...saya bersama belasan sahabat lain yang akan meneruskan perjuangan d'university mutah di sambut baik oleh beberapa orang senior yang telah bersedia menuggu ketibaan kami.

setelah itu kami di bawa kebandar mutah adalah tempat yang bakal kami tinggal selama kami belajar di university mutah. bandar yang bakal menjadi saksi kepada saya dalam menepuhi segala rintangan yang bakal akan saya tempuhi di sini. apabila dalam perjalanan ke mutah banyak pertanyaan yang bermain di fikiran saya kerana masih tidak dapat terima hakikat yang diri ini dapat menjejakkan kaki di bumi urdhu ini, sepanjang perjalan apa yang saya lihat hanye lah padang pasir serta tanah yang kering kontang, apa yang ad hanye lah pokok-pokok zaitun yang menghiasi sepanjang perjalanan, soalan demi soalan yang bermain di fikiran saya dalam perjalanan tersebut, selepas melihat keadaan bumi urdhun sepanjang perjalanan itu.

Apabila tiba di mutah kami di bawa ke wisma negeri sembilan bagi berbuka puasa iaitu tempat bagi pusat gerakan negeri sembilan tetapi kadang2 d'gunakan juga oleh persatuan di sini tempat itu bagi mengisi kelapangan waktu sepanjang semester. selepas itu, kami di bawa ke rumah sementara sebelum kami mendapat rumah yang bakal menjadi tempat berteduh untuk kami sepanjang belajar di sini.

keesokknnye kami di bawa ke jamiah mutah bagi menjalani ujian kafaah iaitu ujian bagi ke masukkan university, kami terpakse mengikuti 3 ujian iaitu b.arab, b.english dan ujian komputer, wlauapa pun ujian ini tidak memberi kesan apa-apa pun terhadap kemasukkan di jamiah miskipun kita tidak lulus ujian ini tetapi walau pun begitu kita tetap harus mengambil madah yang kita tidak lulus itu di dalam semester nanti.

Setelah hampir sebulan kami berada di rumah sementara akhirnya kami telah mendapat rumah sewa yang bakal menjadi tempat berteduh bagi kami selama 4tahun pengajian kami di sini, Insyallah..semoga misi kami di bumu syam ini akan berjaya bagi mengutip mutiara-mutiara berharga yang terdapat di sini, SALAM PERJUANGAN

0 comments:

Get This 4 Column Template Here
Get More Templates Here